Parit yang tidak diurus di belakang Seksyen 4

Minggu lepas kami mengadakan perbincangan bersama para pengerusi pengurusan di Seksyen 4.

Salah satu masalah yang diketengahkan oleh Pn Diana (dari pengurusan Berlian) adalah parit yang telah sumbat sekian lamanya.

Saya menghubungi pihak JKAWS dan JKAS untuk mendapatkan tindakan serta merta.

Hari ini, kerja telah bermula dan jadual berkala pembersihan dilaksanakan untuk memastikan parit sentiasa bersih.