Pelancaran Van PEWARGA

Tahniah kepada pihak PEWARGA atas pelancaran van ambulans dan kumpulan Marhaban Wanita PEWARGA.

Pengerusi Tn Khairul Bahri dan Ketua Marhaban Wanita Bonda Faridah telah banyak berusahakan untuk menjayakan aktiviti kepada waris penduduk Jalan Gombak.

Turut bersama kami adalah lagenda bolasepak Datuk Subadron Aziz, yang juga anak asal Jalan Gombak.

Hubungan kami bersama PEWARGA akrab, memandangkan sebahagian daripada Jalan Gombak (sehingga Batu 5) terletak dalam Parlimen Wangsa Maju.

Majlis disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.