Pelancaran Wanita Marhaban Kg Sungai Mulia

Kami berada di Kg Sg Mulia, dalam Program Pelancaran Wanita Marhaban Kg Sungai Mulia serta Penyerahan Baju, Tudung Dan Al-Quran kepada ahli-ahli.

Budaya Marhaban ini perlu dihidupkan kembali termasuk di dalam kalangan wanita. Program Marhaban ini juga dapat menjalinkan hubungan silaturahim dan memerlukan kerjasama bagi menjayakan aktiviti ini.

Lantikan Bonda Faridah untuk menerajui Maharban Wanita PEWARGA merupakan satu usaha yang baik. Diharapkan beliau bersama Sdr Khairul Bahri, pengerusi PEWARGA boleh menyumbangkan pemerkasaan wanita di kalangan penduduk kampung warisan Wangsa Maju.