Pelbagai aduan taman permainan di Jalan Cengal Selatan

Meninjau kembali isu padang permainan di belakang Jalan Cengal Selatan. Hj Rashid pernah membuat aduan terus kepada DBKL cawangan pada akhir 2020, namun tidak banyak yang dibuat oleh DBKL.

Kami melawat kawasan padang yang berada dalam keadaan tidak memuaskan. Antaranya adalah:

1. Lampu gelanggang badminton yang tidak menyala
2. Gelanggang badminton yang rosak
3. Kemudahan permainanan yang tidak memuaskan
4. Pagar padang yang telah berkarat

Saya telah menghubungi JLR agar unit penyelanggaran dapat membuat tindakan sewajarnya.

Selain daripada itu, lorong masuk ke padang permainan didapati tidak mempunyai longkang dan menyebabkan sukar dijalan semasa hujan lebat.

Mungkin ini adalah masalah remeh temeh, namun untuk seorang warga emas seperti Hj Rashid, keadaan yang tidak dibaikpulihkan akan mendatangkan masalah keselamatan.