Pemasangan Bumbung Baru PPR Gombak Setia

Khamis lepas, saya mendapat aduan daripada penduduk bahawa bumbung Blok 41 PPR Gombak Setia telah jatuh hampir menghimpit kenderaan penduduk.

Kebetulan, DBKL kini dalam proses untuk menukar bumbung baru. Tidak sempat ditukar, angin kencang telah merosakkan bumbung; namun tiada apa-apa kecederaan dilaporkan. DBKL akan menjalankan kerja-kerja naik taraf dalam masa yang terdekat.

Pada masa yang sama, saya juga membawa isu pokok lebat di Blok 43 dan meninjau penutup longkang Blok 41 yang baru dibuat oleh pihak DBKL.