Pemasangan penghawa dingin baru pejabat Kawasan 5 Taman Melati

Hari minggu, kontraktor telahpun ke PPR Gombak Setia dan Kawasan 5 Taman Melati untuk kerja-kerja pemasangan penghawa dingin baru untuk pejabat pengurusan.

Permohonan dibuat melalui peruntukkan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

Selain daripada ini, terdapat juga permohonan untuk bekalan kegunaan pejabat Balai Bomba Taman Melati.

Saya ditemani AJK KEADILAN Hj Khair untuk berkunjung ke kawasan-kawasan kami menolong naiktaraf. Pada masa yang sama, Jalur Gemilang yang kami edarkan juga kelihatan berkibar.

Kami berharap, sumbangan ini dapat dimanfaatkan oleh para pengurusan bangunan masing-masing.

Salam Hari Kebangsaan kepada semua.