Pembaikpulihan Kabel TNB di Jalan Chong Hwa

Kerja pembaikpulihan kabel TNB sedang dijalankan di Jalan Chong Hwa pada tengah malam. Saya sebelum ini perasan kabel kendur di sekitar kawasan.

Pernah juga ada kes kenderaan berat tinggi yang lalu dan memutuskan kabel di dalam kampung berdekatan.

Kawasan sekitar sedang membangun dengan pesat. Oleh itu tidak hairan ada banyak lori pembinaan keluar masuk melalui Diamond Square.