Pembakaran terbuka di Jalan Gombak

Setelah 2 minggu, akhirnya pelaku kesalahan telah ditemui di dalam Kampung Kuantan. Asap dan bau pembakaran boleh dirasai oleh penduduk di kondo sekeliling.

Amaran lisan telah diberi kepada semua penduduk di kawasan, terutamanya premis ini yang didapati membuat pembakaran terbuka setiap pagi dan petang.

Larangan dibuat atas Seksyen 29A & 29B Akta Kualiti Sekeliling 1974. Terima kasih atas kerjasama.