Pembersihan di belakang Jalan 9/21D, Taman Medan Idaman

Alam Flora dan DBKL membuat pembersihan di belakang rumah Jalan 9/21D, Taman Medan Idaman. Jalan ini juga berkongsi sistem parit dengan kedai Jalan Cengal Selatan yang mempunyai beberapa kedai makan.

Setelah masuknya fasa 4, perniagaan telah kembali normal. Sikap proaktif agensi kerajaan di Wangsa Maju ini wajar dicontohi.