Pembersihan sisa pokok di Seksyen 1

Saya menerima video pembersihan sisa pokok Seksyen 1 dari Sdr Din dan Deli, Pengerusi KRT Seksyen B. Sebenarnya, ia telah berlauratan 2 minggu semenjak gotong royong yang berlangsung 3 minggu lepas di Blok A.

Mungkin ada salah faham, kerana pokok terus dicantas penduduk selepas lori Alam Flora telah beredar dari kawasan pada hari itu. Oleh itu, ia terpaksa ditinggalkan begitu sahaja tetapi saya tidak menyalahkan pihak Alam Flora.

Saya menyeru pihak Alam Flora, SW Corp dan DBKL untuk mencari penyelesaian masalah ini. Apabila daun kering dibiar di bawah cuaca panas terik, ia senang menyebabkan kebakaran terbuka.

Hari ini, mereka telah datang membersihkan sisa-sisa pokok tebang ini. Terima kasih atas keprihatinann Alam Flora.