Pembersihan tasik Danau Kota yang lebih efisyen

Telah lama saya tidak ke Tasik Danau Kota. Saya pernah meninjau tasik ini bersama rakan media beberapa bulan lalu, apabila berita ikan mati yang banyak secara mengejut.

Saya telah berhubung dengan pengarah JPLR untuk mencari jalan penyelesaian. Saya mencadangkan unyuk menambah ‘aerator’ untuk meningkatkan pengedaran oksigen dalam air. Tetapi hakikatnya kehadiran ikan yang banyak dalam tasik disebabkan cuaca panas melampau yang biasa menimpa pada bulan Mac/April.

Namun, lebih penting adalah untuk meningkatkan pembersihan berkala. Saya telah melihat penambahbaikan dengan pekerja membersihkan sampah dan ikan mati.

Gambar ini diambil pada pukul 830 pagi tadi.

Leave a Reply