Pembinaan Saliran Parit Baru di Cerun Lereng Desa View Tower

Berada di Jalan Kolam Air untuk memeriksa pembinaan saliran parit baru di cerun bukit disebalik Desa View Tower.

Sebelum ini, kami mendapati setiap kali hujan, air akan melimpah masuk ke kawasan rumah teres Taman Melawati kerana tiadanya sistem pengaliran yang sempurna.

Kami berhubung dengan DBKL untuk jalan penyelesaian. Selepas 2 bulan merancang, kerja pembinaan bermula pada bulan Julai dan dijangka akan siap pada bulan November 2021.

Projek ini akan memanfaatkan pengguna Jalan Kolam Air, yang mempunyai 2 projek perumahan – Desa View Tower dan Bukit Mas dimana kedua-duanya terletak dalam Parlimen Wangsa Maju.