Pemeriksaan & Pemantuan Gerai oleh PDRM & DBKL Wangsa Maju

PEMERIKSAAN DAN PEMANTAUAN BAZAR RAMADHAN OLEH KETUA POLIS BALAI SETAPAK BERSAMA PIHAK DBKL

Dipetik dari:
https://www.facebook.com/101661907985303/posts/160554572096036/

Balai Polis Setapak, 3 Mei 2020 – Pemeriksaan dan pemantauan oleh Ketua Polis Balai Setapak, Insp Rudy Sriawan Bin Razali bersama pihak DBKL di tiga lokasi bazar ramadhan iaitu Kampung Padang Balang, Taman Melewar dan Taman Koperasi Polis Fasa 1. Pemeriksaan dan pemantaun ini di jalankan berikutan pihak berkuasa telah menerima aduan video yang telah di viralkan di laman sosial Facebook terdapat aktiviti perniagaan bazaar ramadhan di tiga lokasi tersebut.

Ketua Polis Balai Setapak, Insp Rudy Sriawan Bin Razali dan pihak DBKL telah memberikan amaran kepada peniaga tersebut supaya mengikut segala arahan oleh kerajaan dan jika gagal berbuat demikian tindakan sita akan di lakukan. Pihak kerajaan telah mengambil langkah tidak membenarkan sebarang aktiviti perniagaan bazar ramadhan pada tahun ini. Ini bertujuan untuk mengekang wabak Covid-19 daripada terus menular.

Pemantauan ini akan di jalankan setiap hari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung.

Pemantauan telah selesai dengan jayanya.