Pemikiran anak muda hari ini …

Saya kesempatan untuk berbual dengan seorang pelajar IPTA bernama Farah (bukan nama sebenar) di tempat cuci kereta tadi.

Saya sentiasa ingin memahami bagaimana pandangan anak muda terhadap isu politik dan pilihanraya.

Mungkin Farah masih muda dan tidak memahami KEADILAN, tapi dia dalam bahasanya menghuraikan kemahuan untuk melihat Malaysia yang lebih saksama dan bebas daripada propaganda retorik politik.

Saya berasa kagum dengan anak muda hari ini. Generasi anak muda zaman saya tidak mempunyai pemikiran matang sebegini. Ini adalah generasi yang tidak lagi melihat perbezaan dalam usia dan latarbelakang tetapi menetapkan meritokrasi sebagai intipati utama dalam pembangunan negara.

Saya berkongsi ideologi politik dan memperkenalkan aplikasi CISTA kepadanya. Saya berharap anak muda dapat mengambil bahagian dalam arus politik.

* baju hitam ini adalah satu kebetulan 😉

#SayaBiruMuda
#AyuhMalaysia
#WangsaMajuMantap