Penaiktarifan siar kaki dan parit di Jalan Langkawi

Di Jalan Langkawi, Teratai Mewah penaiktarafan sistem pemparitan, siar kaki dan pembersihan lorong belakang sedang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam Dan Saliran (JKAWS) DBKL di bawah ‘Blueprint Kebersihan Wangsa Maju 2021’.

Kami pernah mencadangkan supaya DBKL boleh meneruskan penaiktarafan sehingga ke hujung Teratai Mewah. Seelok-eloknya, pagar ‘anti-climb’ juga dapat dipasang sepanjang jalan.