Penduduk Flat Setapak Indah Fasa 7 Mahu Gelanggang Sukan di kawasan lapan

“Kami mahu gelanggang sukan bukan food court!” Itulah saranan daripada penduduk daripada Flat Setapak Indah Fasa 7 apabila pihak pengurusan flat menyewa kawasan lapang kepunyaan flat kepada pengusaha warung makan.

Penduduk di sana berasa kecewa apabila pihak pengurusan bertindak membuat keputusan tanpa berbincang dengan penduduk. Majoriti daripada penghuni sebenarnya membantah!

Ghani, mula menghubungi saya minggu lalu dan memohon nasihat untuk jalan penyelesaian. Setelah meneliti fail mereka, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew mengambil keputusan membela nasib dan terus ke kawasan tadi berkongsi idea bagaimana membawa mereka keluar dari kemelut ini.

Kawasan lapang ini, yang terletak selekoh Jalan Tumbuhan, tepat di belakang Flat Setapak Indah. Sepanjang jalan ini sampai ke Taman Melati, penuh dengan warung makan namun tidak kelihatan apa-apa kemudahan rekreasi yang diwujudkan untuk penduduk.

Padang atau tempat rekreasi harus ada di setiap kawasan perumahan. Pembangunan pesat yang kurang seimbang dengan keperluan sosial tidak sihat untuk perkembangan generasi akan datang.

Untuk pengetahuan, mengikut tinjauan Parlimen Wangsa Maju telah menjadi parlimen yang paling padat di Malaysia. Agak rimas untuk hidup dalam ‘rimba konkrit’ sekiranya kita membuat sesuatu!