Sumbangan Cat di Flat Sri Langkawi 2

Berada di taklimat CISTA yang dijalankan oleh Naib Ketua Cabang Sdr Azmee Rahim dan ahli ranting di perkarangan pejabat JMB Sri Langkawi 2.

Kami sambil meninjau kerja pengecatsemula Dewan Masyarakat Sri Langkawi 2. Saya telah memberi sumbangan cat dan perkakasan kepada pihak persatuan untuk mereka menjalankan gotong royong sendiri.

Saya meluang masa bersama mereka penduduk. Pengerusi persatuan, Sdr Kamsol bergurau mengatakan tiada cat yang tinggal untuk saya tolong, yang ada hanya tin kosong.

Kerja hampir siap walaupun gotong royong mereka bermula hanya 2 hari yang lepas.

#AyuhMalaysia
#WangsaMajuMantap