Penerangan Politik di PPR Gombak Setia

Saya dan Sdr Azfa, calon Ketua AMK Wangsa Maju PEMILIHAN KEADILAN 2022 juga mengadakan sesi penerangan bersama ahli KEADILAN di PPR Gombak Setia.

Turut bersama kami adalah calon-calon Sdr Azmee (Naib Ketua Cabang), Hj Khair (AJK), Mahani (AJK Wanita), Kamarul (AJK AMK) dan Pn Juliet (AJK Wanita).

5 teras utama dalam kempen Ayuh Malaysia dijadikan asas perbincangan malam tadi. Moreh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk anak muda yang menjadi tunjang negara di masa hadapan.

#AyuhMalaysia
#YakiniRakyat