Penerangan Politik di Seksyen 4

Kedai roti bom yang terkenal ini merupakan mercu tanda Seksyen 4. Sering kami berjumpa dengan anggota JDM Seksyen 4 di sini, yang juga satu kawasan popular di kalangan penduduk setempat. Pagi tadi bersama kita adalah Dato Jalal, seorang pesara hakim negara dan pelanggang tetap.

Sambil sembang politik, banyak topik timbul dalam perbincangan pagi tadi. Ramai daripada mereka khuathir bahawa musim tengkujuh kali ini akan datang dengan awal dan menggeruni. Tarikh PRU masih lagi menjadi teka teki dan saya berharap ia dapat berakhir secepat mungkin.

Walaupun tidak sempurna, KEADILAN adalah pilihan yang terbaik untuk Malaysia. Semoga yang terbaik demi HARAPAN di Wangsa Maju.