Pengedaran Bubur Lambuk di Pasar Malam Taman Melati

Hari ini KEADILAN Wangsa Maju membuat lawatan dan mengedar bubur lambuk kepada pengunjung di Pasar Ramadhan Taman Melati.

Saya juga mengambil kesempatan untuk melawat Atan dan Hamed di pejabat persatuan peniaga pasar Taman Melati.

Seminggu sebelum Raya, pasar Ramadhan begitu meriah sekali, nampaknya ia telah balik ke era pra pandemik.

Salam Aidilfitri saya ucapkan kepada penduduk Taman Melati.