Pengedaran Kotak RAHMAH di PPR Gombak Setia

Pengedaran kotak RAHMAH kepada penduduk PPR Gombak Setia. Penyelarasan dibuat melalui Pn Mahani, Ketua Srikandi KEADILAN Wangsa Maju yang sentiasa menolong saya dan Hj Khair, pengerusi persatuan penduduk untuk hal ehwal komuniti di sana.

Terima kasih kepada wakil persatuan Sdr Rosli yang turut terlibat sekali. Persatuan penduduk di bawah Hj Khair, yang juga merupakan AJK KEADILAN Wangsa Maju, merupakan antara yang paling aktif di kawasan.

Syabas saya ucapkan kepada Hj Khair dan pasukannya!