Penghantaran ‘Laddhu’ untuk komuniti setempat

Seawal pagi pukul 7, kami telah bergerak untuk menghantar kotak manisan Deepavali. Namun destinasi pertama jelajah kami adalah ke kuil sekitar, sebagai penghormatan kepada penganut Hindu yang bersembahyang awal pagi.

Jelajah kemudiannya dijalankan di kawasan dari rumah-ke-rumah pengundi dan peniaga berbangsa India. Datuk Rama amat gembira, Kamala turut gembira, Kevin juga gembira apabila mereka menerima hadiah manisan ‘laddhu’ istimewa ini.

Seminggu lagi Deepavali tiba. Walaupun hanya manisan, ia adalah isi hati kami memeriahkan sambutan perayaan.

Semoga cahaya harapan MADANI terus menyinari Wangsa Maju.