Penghantaran Pelitup Muka ke SK Taman Melati

Kami berada di SK Taman Melati untuk menghantar sedikit sumbangan pelitup muka kepada Cikgu Roslie, bersama kawan kami Sdr Azhar dari Taman Melati.

Saya mengambil kesempatan untuk meninjau isu kereta usang yang terletak di depan sekolah sebelum ini. Selepas kami membuat aduan, akhirnya kenderaan tersebut telah ditunda minggu lepas.

Cikgu Rosli juga berhasrat untuk mendapatkan bumbung menunggu di hadapan sekolah. Saya akan panjangkan permohonan ini kepada DBKL.