Penghargaan kepada persatuan penduduk di Taman Melati

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju memberi penghargaan kepada para pengerusi persatuan penduduk di Taman Melati atas kerjasama dalam hal ehwal penduduk.

Sdr Azhar, Babul dan Abu Bakar – masing-masing telah banyak berusaha dalam hal ehwal penduduk di Flat Taman Melati.

Dengan sumbangan yang berlangsung di Dewan Blok D1 pada 18 Mei 2020, maka tamatlah program bantuan makanan yang dimulakan oleh YB pada permulaan PKP.