Penguatkuasaan di Jalan Madrasah

TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP PENIAGA WARGA ASING DAN HALANGAN @ JALAN MADRASAH

DBKL meneruskan lagi gempuran dan tindakan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran hari ini 15 Julai 2020 (Rabu) di Jalan Madrasah (hadapan M3 Mall).
Dengan kekuatan 22 anggota 2 tindakan diambil terhadap salah laku yang menyalahi undang-undang.

Tindakan 1:
Sebuah Kedai Runcit (Bukan Warganegara), di Jalan Madrasah, (berhadapan M3 Mall) berikutan daripada pemantauan mendapati ianya dijalankan oleh bukan warga negara (Indonesia). Kedai tersebut juga tidak mempunyai lesen daripada DBKL.
Gerai tersebut telah diambil tindakan sita dan tutup serta merta (sealed) di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Tindakan ke 2:
Sitaan pindah halangan di atas jalan di sepanjang Jalan Madrasah yang berunsur ‘cop parking’.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai aktiviti perniagaan warga asing atau kesalahan lain, sila salurkan ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.

http://ow.ly/Hoe750AyIMP