Penguatkuasaan JPK DBKL harus diperkuatkan

Sering kali saya mendengar keluhan penduduk berkenaan dengan isu kereta terletak di tempat yang tidak patut di sekitar Kuala Lumpur. Meskipun JPJ dan polis trafik turut mempunyai kuasa penguatkuasaan, namun DBKL sering dilabel tidak kompeten dalam bab ini.

Saya sentiasa berhubung dengan DBKL dengan isu sebegini. Sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, adalah tanggungjawab saya untuk menjadi telinga dan mata, supaya dapat menasihatkan pasukan saya di DBKL.

Senantiasa penguatkuasaan DBKL tidak berkesan hanya sekadar memberi notis. Saya amat setuju apabila segelintir ahli penguatkuasaan mengatakan ini disebabkan oleh mentaliti orang Malaysia. Tetapi ia tidak patut dijadikan alasan. Penguatkuasaan harus diteruskan dengan lebih tegas.

  • Gambar sekadar hiasan.