Penguatkuasaan peniaga kaki lima di KL Traders Square

Penghuni KL Traders Square menghantar gambar-gambar ini kepada kami. Sebelum ini, banyak gerai-gerai bercendawan di kaki lima hadapan kawasan komersil ini.

Petang tadi, DBKL datang membuat penguatkuasaan terhadap gerai-gerai yang didapati berniaga sehingga sampai atas perhentian bas dan mengganggu lalulintas Jalan Gombak.

Tempoh PKP/PKPP telah menyebabkan ramai peniaga kehilangan pendapatan. Tetapi sekiranya peniagaan yang menyebabkan ketidaksenangan orang ramai, mereka peniaga wajar diberi nasihat supaya mencari tapak yang lebih sesuai.

Saya percaya pendekatan ini lebih harmoni.