Pengundi Wangsa Maju rayu Agong pendekkan tempoh darurat

Komuniti masyarakat Wangsa Maju bersama Ahli Parlimennya, tampil menyerahkan surat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memohon agar dipendekkan tempoh darurat yang sedang berkuatkuasa ketika ini.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew berkata, surat tersebut mewakili 150 orang masyarakat di kawasan Parlimennya yang telah mengadu dan meminta bantuan untuk menyelamatkan mereka ketika waktu pandemik Covid-19 ini.

Beliau berkata, dengan penggantungan Parlimen, rakyat tiada pilihan lain selain terpaksa mengemukakan permohonan kepada Agong yang merupakan ketua utama negara.

Sumber: Malaysia Dateline
https://malaysiadateline.com/pengundi-wangsa-maju-rayu-agong-pendekkan-tempoh-darurat