Penipuan ‘scammer’ di luar negara

SIDANG AKHBAR RAKYAT MALAYSIA DITIPU DAN DIUGUT MENJALANKAN PEKERJAAN PENIPUAN (SCAMMER) DI LUAR NEGARA.

Tengah hari tadi, kami membuat satu sidang akhbar berkenaan dengan isu rakyat Malaysia yang ditipu dengan gaji lumayan ke luar negara untuk membuat kerja penipuan atas talian (scammer).

Terima kasih kepada para pengamal media yang membuat liputan & keluarga mangsa yang berani tampil ke hadapan. Laporan polis telah dibuat dan kami berharap pihak kerajaan dapat melakukan sesuatu secepat mungkin.