Penubuhan Marhaban Wanita PEWARGA Kampung Bandar Dalam

Kampung-kampung warisan disepanjang Jalan Gombak tidak kami abaikan. Baru 2 minggu kumpulan Marhaban Wanita PEWARGA Kg Sungai Mulia ditubuhkan, cawangan Kampung Bandar Dalam pula diwujudkan dalam satu majlis ringkas yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew pada 14 Julai 2022.

Dalam majlis yang sama, uniform rasmi sumbangan YB dan Al Quran telah disampaikan kepada ahli-ahli Maharban Wanita.

KEADILAN sentiasa bersama Dr Tan dalam aktiviti meraikan semangat muhibbah kemasyarakatan di Parlimen Wangsa Maju.