Penutup longkang yang rosak di Desa Melawati

Ramai tidak menyedari Jalan Kolam Air, bersebelahan Desa Melawati terletak dalam kawasan Parlimen Wangsa Maju. Saya mendapat aduan daripada pengguna jalan ini bahawa jalan sisir ke MRR2 mempunyai penutup longkang yang telah rosak.

Kerosakan ini terletak di dalam jagaan DBKL, walaupun masjid sebelah terletak dalam Parlimen Gombak, bawah penyeliaan MPAJ.

Terima kasih kepada DBKL JKAWS atas kerja yang cepat. Penutup kayu dipasang sementara menunggu perancangan jalan penyelesaian jangka masa panjang. Mujur tidak ada seberangan kemalangan.