Penutup ‘manhole’ sistem kumbahan di Jalan 27/27

Akhirnya, penutup ‘manhole’ sistem kumbahan di Jalan 27/27B berdekatan SK Desa Setapak telah diturap agar keadaan jalan lebih rata.

Namun, Desa Setapak terutamanya di Jalan 15/27B masih dibelenggu oleh isu pokok lebat di sebelah kedua-dua padang permainan.

Tinjauan juga mendapati penutup longkang yang pecah di hadapan pejabat serbaguna KRT Desa Setapak.

Terdapat aduan daripada penduuk berkenaan tempat parkir yang disekat oleh pengusaha kedai makanan.

Semoga DBKL dapat melihat isu-isu ini dalam masa terdekat ini.