Penutupan tapak D44 di Jalan Kolam Air

Sebelum cuti Raya, Persatuan Penduduk Taman Melawati telah memohon kepada pihak Puncak Niaga boleh membuat tindakan keatas tapak (projek JPP D44) yang menghubungkan Jalan Kolam Air sampai ke Bukit Mas.

Kami berada di kawasan pada 18 Mei 2021 dengan Sdr Azhari, pengerusi persatuan penduduk. Oleh kerana PKP telah berkuatkuasa dan tidak dapak membuat lawatan rasmi, kami telah berhubung dengan pihak IWK serta DBKL supaya 1. menutup tapak yang tidak boleh disiapkan 2. membuka semula jalan.

Saya ke tempat yang sama pagi tadi, untuk memastikan kerja pembukaan jalan diteruskan. Pihak Indah Water memberi jaminan, selepas tapak ditutup, jalan akan dibuat semula dan saya berharap ia boleh disiapkan dalam minggu yang sana.

Dalam masa yang sama, saya juga meninjau masalah banjir kilat yang sering berlaku dan memohon supaya DBKL dapat membuat sistem pemparitan di sepanjang jalan pintas ini.