Penyahkuman awam @ Flat Danau Kota

KEADILAN Wangsa Maju berada di Flat Danau Kota untuk proses penyahkuman. Setiap blok mempunyai 19 tingkat mengambil masa antara 45 minit – 1 jam untuk kerja sanitasi.

Ini adalah satu inisiatif yang baik untuk masyarakat B40. Saya mempunyai pasukan yang baik dan senantiasa bersedia untuk KEADILAN.

Semangat anak muda Harcharan, Vijay, Jacky, Gee, Calvin, Jay, Tein Teck dan Amin memang patut dicontohi.