Penyambungan sistem kumbahan D44 di Flora Residency

Mesyuarat tadi berjalan lancar dengan pemaju SCP. Mereka mempunya sebuah projek rumah mampu milik Flora Residency yang telah lama siap tetapi CCC tidak dapat diserahkan kerana sistem kumbahan yang terjejas akibat projek D44 di bawah JPP.

IWK telah mendapatkan jalan penyelesaian, untuk membuat pindaan saluran kumbahan ke sistem sedia asal, sementara menunggu penyiapan D44. Tetapi oleh kerana ia melalui sistem parit di pintu belakang kondo, ia mencetuskan salahfaham dengan pihak pengurusan.

Saya menghubungi kedua-dua pihak pemaju dan wakil penduduk di Medan Intan petang tadi. Saya menawarkan diri untuk menjadi pengantara agar penyelesaian menang-menang dicapai. Akhirnya, ada kata sepakat dari kedua-dua pihak dan penyambungan sistem kumbahan akan disempurnakan dalam masa terdekat.

Saya melihat masalah ini dari sudut pembeli Flora Residency. Sebenarnya ramai pemilik rumah merupakan pembeli rumah kali pertama dan menghubungi saya berkenaan dengan isu ini. Mereka terpaksa menunggu selama 2 tahun, hanya kerana isu D44. Sekali lagi, ia bukan projek rumah sakit atau rumah terbengkalai – yang terbangkalai adalah projek kumbahan D44.

Yang pasti, berita gembira untuk pemilik rumah Flora Residency kerana mereka akan mendapat kunci rumah baru dalam bulan ini juga. Terima kasih kepada pihak pemaju dan Medan Intan atas kesudian libat urus serta keputusan yang cepat.

Tahniah kepada pemilik Flora Residency.