Penyelarasan tiang dan kabel TM di Kampung Padang Balang

Minggu lepas TM telah datang untuk lawatan tapak bersama pihak pengurusan kampung untuk menyelaraskan semula kabel dan tiang telekomunikasi di sepanjang Jalan Kampung Padang Balang.

Terdahulu, pihak TM telah menyempurnakan pertukaran kabrl tembaga kepada fiber optik. Maka ini adalah masa yang sesuai untuk memangkas kabel yang berlebihan dan pada masa yang sama menegakkan tiang yang terjejas.

Terima kasih kepada Encik Yoges dan Allagapan kerana sering membantu penduduk.