Penyelenggaraan Pokok di Jalan 15/27D, Desa Setapak

Penyelenggaraan pokok diteruskan di Jalan 15/27D, Desa Setapak. Banyak kekangan sebelum ini, terutamanya kenderaan yang begitu banyak di bawah pokok yang lebat.

Selain daripada dari pihak kami, pejabat KRT Desa Setapak turut menghantar sekurang-kurangnya 3 aduan rasmi semenjak 2019 kepada pihak DBKL berkenaan isu pokok lebat.

Minggu lepas, beberapa batang pokok mula dicantas. Hari ini, DBKL membuat pemotongan beberapa batang pokok yang bermasalah di dalam kawasan perumahan rumah teres.

Semoga ia dapat dimanfaatkan kepada mereka yang menetap di sana.