Penyelesaian Banjir Kilat di hadapan Idaman Puteri Condo

Ada yang hairan mengara Jalan Meranti mendapat turapan jalan baru lagi, walaupun kali terakhir ia dibuat tidak sampai 3 tahun?

Sebenarnya, semenjak tahun lepas saya telah menyeru pihak DBKL untuk menjalankan siasatan mengapa air sering bertakung di hadapan Idaman Sutera Condo dan lebih serius lagi di Idaman Puteri Condo.

Antara puncanya adalah, longkang yang telah sumbat akibat pasir dan akar 2 batang poakok yang amat besar.

Namun, lawatan tapak pada Oktober tahun lepas mendapati permukaan jalan yang tidak rata adalah faktor utama. Memandangkan penebangan pokok amat sukar dilakukan kerana ia sudah terpalit dengan label TNB, maka jalan penyelesaian yang lebih praktikal adalah merata dan meninggikan permukaan jalan di sebelah kondo, agar air hujan boleh mengalir ke longkang seberang jalan sebelah perhentian bas.

Pada masa yang sama, pintu B sekolah turut diberi permukaan yang baru, yang sebelum ini penuh dengan pasir.

Saya telah menyeru agar pihak JKAWS boleh membuat siasatan lagi masalah parit dan pokok yang besar, kerana takungan juga berlaku di hadapan gerai Hj Mahmud.

Sementara itu, semoga permukaan turapan yang lebih tinggi dapat menyelesaikan masalah banjir kilat di hadapan kondo.

Leave a Reply