Perasmian AGM JMB Sri Langkawi 2

Memenuhi jemputan untuk merasmikan mesyuarat tahunan agung badan pengurusan berkanun (JMB) Flat Sri Langkawi 2.

Ucapan saya menyentuh perkembangan komuniti setempat dalam konteks Malaysia Madani. Perdana Menteri telah berazam untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya yang mesra komuniti, dan bukan mesra pencakar langit.

Tidak jauh dari Sri Langkawi 2 di Jalan Madrasah, baru selesainya projek naik taraf tapak penjaja. Begitu juga DBKL yang telah banyak memberi kerjasama kepada keperluan infrastruktur di perumahan sepanjang jalan ini.

Saya meyakinkan penduduk Sri Langkawi 2, bahawa komuniti di sini berada jagaan yang baik di bawah pimpinan KRT, persatuan penduduk dan JMB selama ini. Maka, saya berharap mereka pemimpin setempat boleh terus berusaha untuk yang terbaik, demi masyarakat di sana.

Saya juga mengambil kesempatan untuk memulakan jelajah agihan kalendar 2024. Tahun ini saya bermula awal, supaya ia memberi peringatan kepada penerima agar menyediakan resolusi tahun baru.

Genap setahun Kerajaan Malaysia Madani. Saya berharap 2024 akan menjadi lebih maju.