Perasmian Mesyuarat Tahunan PVATM 2021

Mewakili Ahli Parlimen untuk ke Mesyuarat Agung Tahunan 2021 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan dirasmikan oleh Brid. Jen Dato Pahlawan Samsuddin (bersara).

Ramai kenalan bekas tentera berada di sini termasuk Pengerusi cawangan Wangsa Maju, Kapt Ismail yang merupakan kawan baik kami.

Walaupun kami bukan lagi kerajaan, namun kami bertekad untuk memberi khidmat yang sebaik-baiknya kepada masyarakat Wangsa Maju.

Tanpa perajurit benteng pertahanan negara, maka tidak akan ada keamanan yang kami nikmati hari ini. Saya bergurau dengan Datuk Samsuddin, hari ini saya amat selamat kerana dikelilingi oleh perajurit negara.

Semoga PVATM terus maju dan berjaya.