Pergaduhan di Idaman Sutera antara penduduk tempatan dan warga asing

Dalam beberapa hari ini, terdapat sekurang-kurangnya 3 aduan polis terhadap kejadian gaduh dan khianat melibatkan warga asing yang dipercayai bertaraf UNHCR di Kondo Idaman Sutera.

Pakcik Maha dan Krisna mendakwa dipukul; warung Kak Laili di pecah dalam kejadian yang sama. Sebab utama bagaimana kontroversi berlaku tidak jelas, tetapi kehadiran warga asing yang begitu ramai menganggu ketenteraman penduduk setempat.

Saya telah ke tempat kejadian untuk meninjau keadaan. Memandangkan pihak pemantau polis tidak boleh membuat tangkapan, saya telah menghubungi pihak polis di Balai dan IPD supaya perkara ini harus disiasat.

Pada 2019, satu operasi bersepadu dengan imigresen untuk menangkap mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

Dakwaan penduduk tempatan merasa kehadiran warga asing di Medan Idaman semakin tidak terkawal. Pelbagai aduan dibuat kepada pihak berkuasa tetapi tiada tindakan yang drastik boleh menyelesaikan masalah.