Pergaduhan melibatkan warga asing dan penduduk tempatan di Idaman Sutera

Jenayah hampir berlaku apabila pergaduhan melibatkan warga asing dipercayai memegang UNHCR dan penduduk di Idaman Sutera. Salah seorang daripada mangsa berumur 15 tahun sahaja. Mangsa cedera parah dan masih menjalani rawatan di HKL Kecemasan.

Kami menemani keluarga mangsa untuk membuat laporan polis dan berada di hospital kecemasan sehingga tengah malam.

Berdasarkan kenyataan saksi dan keseriusan ini, suspek mungkin boleh disabitkan dengan kesalahan kanun keseksaan 321 atau 322. Walaubagaimanapun pihak polis masih lagi membuat siasatan.

Tidak kira salah siapa, saya berpendapat pergaduhan tidak patut berlaku, terutamanya apabila melibatkan budak bawah umur.

Saya menekankan kepada pihak IPD bahawa kes ini amat serius dan perlu ditangani segera!