Perjumpaan bersama AirSelangor

Berjumpa dengan pihak AirSelangor berkenaan dengan Migrasi meter individu di perumahan hakmilik berstrata dan tungakkan bil yang besar.

Pihak pengurusan dan penduduk seharusnya bersehaluan. Banyak kes dalaman berlaku, bermula dengan isu remeh temeh dan menyebabkan keengganan untuk menunaikan tanggungjawab bayaran.

Infrastruktur bangunan tidak diurus, kekurangan dana dan ada yang terpalit dengan isu COB – banyak perumahan mengalami masalah yang sama.

Saya berharap mesyuarat ini boleh menolong komuniti yang terlibat.