Perjumpaan dengan PEWARGA

Kami mempunyai sebuah perjumpaan mesra dengan Pertubuhan Pewaris Anak-Anak Melayu Gombak (PEWARGA).

PEWARGA merupakan sebuah badan kebajikan yang terdiri daripada ahli-ahli dari kalangan anak asal Gombak, Merangkumi 45 kawasan perumahan dan kampung tradisi, PEWARGA melibatkan mereka yang berturunan Minangkabau dari Batu 3 hingga Batu 11.

Pelbagai topik telah dibincangkan. Secara peribadi, mereka merupakan sahabat baik kami. Diharap pertemuan ini akan membawa manfaat dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.