Perjumpaan ketua parti Kerajaan Perpaduan di Wangsa Maju

Susulan perjumpaan ulangtahun setahun penubuhan kerajaan Malaysia Madani, hari ini kami dari kalangan ketua-ketua parti Kerajaan Perpaduan telah membuat kunjungan rasmi kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tn Hj Ts. Zahir Hassan. Selain daripada saya sendiri sebagai Ketua Cabang KEADILAN, terima kasih kepada pihak Datuk Seri Shafei (UMNO), Datuk Sabtu (AMANAH) Datuk Ng How Doo (MCA) dan Datuk Rama (MIC) sudi membuat langkah pertama bagi mengeratkan lagi hubungan antara komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kami ketua-ketua parti politik HARAPAN & Barisan Nasional di peringkat Wangsa Maju. Banyak yang telah kami bincang demi kesejahteraan rakyat. Pihak YB telah meleraikan beberapa masalah berbangkit, antaranya adalah cabaran MPP untuk melibatkan pemimpin komuniti setempat dari kerajaan perpaduan serta lantikan baru pada 2024. Beliau juga mengatakan bahawa tidak ada sebarang permohonan peruntukkan ditolak tanpa sebab, satu jaminan untuk memastikan pengagihan sumbangan ICU yang telus dan saksama. Kami juga berbincang isu fiasko Kampung Setia Jaya serta isu-isu hal ehwal semasa. Saluran terbuka sebegini harus dipraktikkan untuk melancarkan pentadbiran Kerajaan Malaysia Madani dibawah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Satu perbincangan hari ini membuahkan hasil. Semoga komunikasi proaktif ini dapat diteruskan dari masa ke semasa untuk memantapkan lagi jaringan bersepadu parti-parti Kerajaan Perpaduan di Wangsa Maju!