Permohonan papan tanda kesesuaian di SK Seksyen 1 dan lampu di Blok B, Seksyen 1

Melawat SK Seksyen 1 bersama wakil PIBG En. Mat, berkenaan dengan keperluan bonggol jalan dan masalah papan tanda yang mengelirukan dihadapan sekolah.

Mat juga memohon supaya adanya lampu jalan dalam kawasan Blok B, Seksyen 1 berdekatan dengan pasar. Lorong masuk ke dalam agak gelap dan sering ada penduduk mengalami kemalangan.

Pejabat kami akan berhubung dengan DBKL untuk mendapatkan komitmen jabatan berkenaan dalam menyelesaikan kedua-dua masalah ini.