Persatuan penduduk mengambil inisiatif sendiri untuk program kebajikan

27 Jun 2021, Taman Danau Kota 23B – Penduduk rumah teres di Taman Danau Kota 23B, melalui persatuan penduduknya telah menjalankan program kebajikan komuniti secara ‘crowd funding’.

Usaha dijalankan oleh penduduk sendiri dan mereka yang mempunyai masalah kekurangan makanan boleh tampil ke pejabat persatuan.

Saban semakin ramai orang kehilangan punca pendapatan, walaupun tempat ini dikatakan kawasan kediaman elit. Pandemik Covid 19 juga semakin dekat dengan komuniti, dengan kes terbaru melibatkan 15 kes positif di kawasan kediaman ini.

Pihak PPDK23B selama ini berdikari, bahkan sering menolong pihak kami untuk menyelesaikan masalah komuniti. Kami sendiri memperuntukkan sedikit sumbangan beras sebagai galakan kerja kebajikan mereka ni.

Syabas kepada Sdr Nizam dan pasukannya.