Persediaan program sambutan Deepavali KEADILAN Wangsa Maju

Sejak beberapa hari yang lepas, pasukan KEADILAN Wangsa Maju telah mula sibuk untuk kerja-kerja persediaan program menjelang Deepavali yang jatuh pada 12 November 2023.

Tahun ini, selain daripada menghantar sumbangan makanan kepada keluarga B40, saya juga menyediakan kad ucapan Deepavali buat pertama kalinya. Selain daripada itu, kami juga akan membuat program menyantuni rumah-rumah ibadat dan rumah kebajikan.

Khusus untuk ahli parti terpilih, kami juga telah menyediakan “Kotak Manisan” yang disediakan khas oleh Sdr Manoj, Setiausaha Pengelola Cabang.

Setiap kali kami merancang program, sudah pastinya akan mengamal semangat kepelbagaian. Setiap kali ada perayaan, kami pasti akan sambut bersama.

Terima kasih kepada semua yang berusaha. Program Jelajah MADANI Deepavali Wangsa Maju 2023 telah bermula tidak lama lagi!