Pertandingan Taekwondo di SMJK Chong Hwa

Memenuhi jemputan ke Pertandingan Taekwondo MBW di SMJK Chong Hwa. Program anjuran Taewondo Malaysia mendapat sambutan hangat dengan 1,800 peserta dari seluruh negara.

Terdapat pertandingan dan pertunjukkan seni mempertahankan diri. Program seperti ini mengungkil bakat mereka pengamal Taekwondo di zaman persekolahan.

Sekolah menjadi tempat didikan akademik dan jasmani. Chong Hwa yang telah berusia 105 tahun banyak melahirkan bakat-bakat bukan hanya penduduk di Jalan Gombak, malah menjadi sekolah tumpuan kepada komuniti seluruh Kuala Lumpur.

Selain daripada Tan Sri KC Lim, Pengerusi LPS Chong Hwa, program juga disertai oleh para pengerusi LPS dan PIBG dari SJKC Chong Hwa Jalan Pahang dan Chong Hwa (P) Jalan Damai.

Syabas diucapkan kepada pihak penganjur. Tahniah Master Ben Wong.

Leave a Reply