Pertemuan bersama Ketua AMK Malaysia, YBTM Adam Adli

Pertemuan bersama Ketua AMK Malaysia YBTM Adam Adli berlangsung di Wolf & Turtle Coffee, Wangsa Maju.

Saya bangga kerana Wangsa Maju dipilih sebagai destinasi program ini. Selain daripada saya sebagai Ketua Cabang, turut bersama saya adalah rakan seperjuangan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Sdr Fitri KC Putrajaya dan Dr Bashir KC Segambut.

Sambutan amat baik dengan kehadiran ketua-ketua AMK dari seluruh Wilayah Persekutuan.

Sesi santai yang berlangsung dari 8.30 sehingga 10.30 malam merangkumi perbincangan berkenaan dengan isu semasa dalam landskap politik yang kian mencabar.

Terima kasih kepada YBTM Adam Adli kerana hadir. Saya mengalu-alukan semua ke Wangsa Maju.

Leave a Reply